Rabu, 14 Disember 2011

About Rasabonda

 SMART-COOKING’….. inilah konsep memasak yang ingin dipromosikan oleh RASABONDA. Kaedah memasak cara moden yang menjimatkan masa, belanja dan tenaga serta bebas dari pencemaran.

RASABONDA mengeluarkan siri produk yang berkualiti, hasil inspirasi dari khazanah alam dan disempurnakan oleh tradisi melayu.

Siri produk Rasabonda bukan saja memudahkan tugas menghidangkan lauk-pauk, malahan ia juga menepati citarasa masyarakat masa-kini dan amat sesuai sebagai hidangan yang memikat selera.

Pes Perencah RASABONDA adalah merupakan adunan beberapa jenis bahan mentah yang diproses menjadi ‘paste’ yang digunakan untuk menyediakan berbagai jenis masakan.

Produk RASABONDA memudahkan proses memasak kerana semua bahan mentah telah siap diadun. Kesemua tahap proses seperti mencuci, mengupas, mengisar dan menumis juga telah siap disempurnakan.


Pengguna hanya perlu memasukkan air atau santan serta ikan atau pun daging dan ianya akan siap dalam masa kurang 15 minit. Pengguna tidak lagi perlu menyimpan berbagai jenis stok bahan mentah. Ini bermakna penjimatan ruang, kos dan tenaga.

Walaupun terdapat beberapa produk yang berkaitan di pasaran, namun permintaan tempatan dan eksport semakin berkembang dan ini memberi dorongan kepada Rasabonda untuk mengambil peluang dalam memenuhi permintaan ini.

Para pelancong sering membawa pulang beberapa jenis produk Rasabonda terutamanya Pes Perencah Asam Pedas Melaka, Asam Pedas Daging & Sambal Ikan Bakar yang boleh didapati di kedai-kedai di sekitar kawasan Bandar Hilir, Melaka.

Keadaan ekonomi yang terus berkembang turut menyumbang kepada perkembangan jualan produk Rasabonda. Ini adalah kerana lebih ramai suri rumah yang berkerja dan kesuntukan masa untuk memasak. Kedudukan   Malaysia sebagai pengeluar makanan halal dunia pula telah membuka lebih banyak peluang eksport untuk produk-produk  RASABONDA.

Penyelidikan & pembangunan serta inovasi dalam pemprosesan makanan merupakan unsur penting yang menyumbang kepada pertumbuhan Rasabonda.

‘Sumbangan penyelidikan dan pembangunan (R&D) kepada pertumbuhan hanya akan tercapai melalui peningkatan usaha dalam menggunakan sumber teknologi terkini yang berdaya saing.

Konsep kualiti Rasabonda pula ialah menekankan ‘sistem dan proses memperbaik kualiti secara berterusan’. 


 Kualiti menjadi tanggungjawab semua lapisan kakitangan Rasabonda daripada pihak pengurusan sehinggalah ke  peringkat pengeluaaran & segala kelemahan diatasi bersama.

Pengauditan dalaman Rasabonda Foods  merupakan satu proses yang dilakukan untuk melihat keberkesanan sistem kualiti yang dijalankan. 

Kesinambungan antara sistem kawalan kualiti dengan kepastian kualiti diberi penekanan serius oleh pihak pengurusan Rasabonda.

Matlamat Rasabonda adalah untuk menjadi sebuah syarikat pengeluar makanan halal yang menghasilkan produk makanan siap diproses yang mematuhi piawaian kesihatan  antarabangsa serta menjurus ke arah piawaian HACCP & ‘Islamic Manufacturing Practice’  insyaAllah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan